Last Updated on May 28, 2024 by Kittredge Cherry

Rainbow Stained Glass Window with Cross

A Malay translation of the Rainbow Christ Prayer shows the many faces of the queer Christ.

Warna-warni di dalam bendera pelangi menunjukkan kepelbagaian prinsip quir Kristus berdasarkan Doa Kristus Sang Pelangi berikut, hasil nukilan seorang pengarang Kristian lesbian, Kittredge Cherry dan ahli teologi gay, Patrick S. Cheng.

Bersempena dengan Bulan Kebanggaan LGBT pada bulan June, bendera-bendera pelangi akan dikibarkan di seluruh dunia. Pelangi juga adalah salah satu simbol yang penting di dalam tradisi-tradisi keagamaan dunia. Doa Kristus Sang Pelangi menghormati nilai-nilai kerohanian di dalam pergerakan LGBT.

Doa ini seiringan dengan warna-warni di dalam bendera pelangi berdasarkan buku karangan Patrick Cheng, “From Sin to Amazing Grace: Discovering the Queer Christ” yang menbentangkan mengenai keunikan Kristus berdasarkan tujuh model quir.

Kristian Progresif mempercayai bahawa homoseksualiti tidak harus sewenang-wenangnya ditanggapi sebagai suatu dosa. Pakar sarjanawan/i mengatakan bahawa Alkitab tidak pernah menyebut bahawa percintaan sama-jantina adalah sesuatu yang terlarang. Oleh itu, gereja-gereja harus menanggapi dan menerima saudara/i LGBT mereka. Doa Kristus Sang Pelangi lahir dari ilham bahawa saudara/i LGBT adalah sebahagian daripada karya ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.

Let us pray…
Marilah kita berdoa…

Kristus Sang Pelangi, engkau menggenapi seluruh warna-warni dunia. Pelangi adalah jambatan menghubungkan alam yang berbeza: langit dan bumi, timur dan barat, quir dan bukan-quir. Berikanlah kami ilham untuk mengingati nilai-nilai murni yang terpancar melalui bendera pelangi dari komuniti lesbian, gay, biseksual dan quir:

Merah menggambarkan kehidupan, iaitu akar bagi roh. Sang Kristus yang hidup dan penuh cintakasih, engkaulah akar rohani kami. Bebaskanlah kami dari rasa malu dan berikanlah kami rahmat harga diri yang sihat supaya kami dapat mengikuti terang di dalam diri kami. Demi jalur merah pada pelangi, kami mengucap syukur kerana Tuhan Yang Maha Esa menciptakan kami seadanya.

 

Jingga menggambarkan karunia seksualiti, iaitu api bagi roh. Eros Kristus, engkaulah Sang Api, Firman yang menjadi Manusia. Bebaskanlah kami dari segala eksploitasi dan berikanlah kami rahmat untuk hubungan romantik yang penuh hormat dan saling memahami. Demi jalur jingga pada pelangi, semarakkan api cintakasih kami.

 

Kuning menggambarkan harga diri, iaitu teras bagi roh. Kristus Sang Pewarta, engkaulah teras kami. Bebaskanlah kami dari persembunyian diri yang membinasakan dan berikanlah kami keberanian serta rahmat untuk meyakini keberadaan kami. Demi jalur kuning pada pelangi, kuatkanlah keyakinan kami.

 

Hijau menggambarkan cintakasih, iaitu hati bagi roh. Kristus Sang Pencabar segala hukum yang sia-sia, engkau menolak hukum tegar atas nama cintakasih, engkaulah Hati kami. Pada saat duniamu begitu taksub dengan hukum kekudusan, engkau menyentuh orang yang dianggap terkutuk dan makan bersama orang yang tertindas. Bebaskanlah kami dari sikap akur yang membuta tuli dan berikanlah kami rahmat untuk menolak kekerasan hukum. Demi jalur hijau pada pelangi, penuhi hati kami dengan belas kasihan yang luar biasa untuk segenap makhluk ciptaan Tuhan.

 

Biru menggambarkan ekspresi diri, iaitu suara bagi roh. Kristus Sang Pembebas, engkaulah Suara kami dalam menentang segala bentuk penindasan. Bebaskanlah kami dari sikap acuh tak acuh dan berikanlah kami rahmat aktivisme. Demi jalur biru pada pelangi, berikanlah kami motivasi untuk menegakkan keadilan.

 

Ungu menggambarkan visi, iaitu hikmah bagi roh. Kristus Sang Penyatu, engkaulah Hikmah kami di dalam membina dan memulihara alam semesta. Bebaskanlah kami dari pengasingan dan berikanlah kami rahmat untuk saling memelihara antara satu dengan yang lain. Demi jalur ungu pada pelangi, satukanlah hati kami dengan yang lain dan segenap ciptaan Yang Maha Esa.

 
Warna-warni pelangi berarak bersama membentuk satu cahaya, dan menjadi mahkota kesedaran sejagat. Kristus Sang Hibrid dan Hadirat Hakiki, engkaulah Mahkota kami, penuh keilahian dan kemanusiaan. Bebaskanlah kami dari pengkategorian yang tegar dan berikanlah kami rahmat identiti-identiti yang terjalin. Demi pelangi, pimpinlah kami keluar dari pemikiran hitam-putih dan menuju kepada pengalaman spektrum kehidupan yang menyeluruh.

Kristus Sang Pelangi, engkau menerangi dunia. Engkau menjadikan pelangi sebagai janji untuk memelihara seluruh kehidupan di atas bumi. Di balik warna-warni pelangi, kami dapat melihat segala jalinan misteri di antara seksualiti, jantina, dan bangsa. Seperti pelangi, biarlah kami menghidupi seluruh warna-warni dunia, iaitu anugerah dari Yang Maha Esa! Amin.

_________________________________________________________________

Rainbow Christ Prayer  | Doa Kristus Sang Pelangi

Malay: Translated by Anak Borneo. | Diterjemahkan oleh Anak Borneo.

The Rainbow Christ Prayer is available in more than 25 languages at: https://qspirit.net/rainbow-christ-prayer-translated/

This post is part of the LGBTQ Calendar series by Kittredge Cherry. The series celebrates religious and spiritual holidays, events in LGBT and queer history, holy days, feast days, festivals, anniversaries, liturgical seasons and other occasions of special interest to lesbian, gay, bisexual, transgender and queer people of faith and our allies.

Copyright © Kittredge Cherry. All rights reserved.
Qspirit.net presents the Jesus in Love Blog on LGBTQ spirituality.

Kittredge Cherry
Follow
(Visited 54 times, 1 visits today)